Friday, October 12, 2007

Interested? Confirm with me by Oct 20

Datanglah beramai-ramai ke ‘perbicaraan’ terpenting dekad ini. Keputusan kes di tangan anda.

Dewan Perhimpunan Cina Selangor danKuala Lumpur (Tingkat 1, Bilik 2)
Pada hari Sabtu, 27hb Oktober, dari 9pagi -1.30ptg

Perbicaraan Rakyat
Sempena Memperingati Ulangtahun ke-20
Operasi 27 Oktober 1987 (Also known as Operasi Lallang)

Yang tertuduh adalah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang didakwa telah digunakan untuk melakukan penahanan tanpa bicara pada tahun 1987. Dua puluh tahun telah berlalu, dan kini ‘pihak yang tertuduh’ ini akan dibicarakan atas kezalimannya terhadap individu, keluarga dan sahabat handai sewaktu sebuah operasi yang diberi nama Operasi Lalang dijalankan.

Sewaktu ‘perbicaraan’ ini anda akan mendengar kenyataan akuan dari bekas tahanan, keluarga dan sahabat mereka, serta dari para peguam. Dua amicus curiae (rakan mahkamah) akan turut hadir untuk memberikan pandangan mereka terhadap kes ini.

Pada penghujung perbicaraan ini, anda – rakyat – akan menentukan salah betul tindakan tersebut. Anda tidak akan mahu ketinggalan.

Hubungi Nalini di talian 03-77843525 untuk menempah tempat duduk anda di bilik mahkamah’ ini atau isikan borang penyertaan di bawah dan hantarkan kepada suaram@suaram.net atau faks ke 03-77843526.

(If you would like to isi the borang, please email me and I will send to you. But those who want to go, if there are more than 4-5 of you, then we can go beramai-ramai.)

4 comments:

Mc Chaoz said...

I need the day and time,so that i can follow

jeannie said...

A pity I'm not in PJ now so I definitely can't go. :(

amy2kyo said...

Sharwin, isn't it stated there? Time and date as well as venue? Hmm?

Jeannie, you've got a friend here who's sharing your feeling. I can't follow too. Sigh.

Dr. Carmen, do enlighten us (the absentees) about it after you guys have attend the 'perbicaraan'. ;)

jeannie said...

Yup! I hate the feeling of being left out! Better post it here so at least I can still 'update' myself when I'm free..